Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk menyalurkan sebarang maklumat atau aduan berkaitan kesalahan trafik sepanjang musim perayaan hari raya Aidilfitri.<br /><br />Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani dalam satu kenyataan berkata, maklumat tersebut boleh dikongsi dalam bentuk video atau gambar kepada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT).
